~Bicara Perindu Syurga~

"Sesungguhnya seorang Muslim itu, apabila ia berjalan di jalan dakwah, ia tidak hanya berjalan dengan hatinya sahaja...Bahkan ia dibawa bersama hati saudaranya...Justeru itu, setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya." (Mustafa Masyhur)

lets join me..

Wednesday, December 15, 2010

Motivasi: Di kala rasa lemah itu menjengah

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Sampai bila kan kita membiarkan diri terus melemah?


Memang.

Rasa lemah itu kadangkala menyapa diri.

Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur.

Terkadang, cukup satu ujian yang menerpa. Namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah.

Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, alhamdulillah.

Namun, terkadang, kejatuhan yang kita alami itu seakan-akan merenggut segala daya dan upaya kita. Tenaga yang bersisa pun entah hilang ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang sudah semacam tiada.

Lalu, masihkah ada sinar harapan buat kita bangkit kembali?



Bagaimana kita menyikapinya?

Saya percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya.

Yup. Memang tidak dapat dinafikan. Saya pun pernah berada dalam kondisi itu. Di kala, kata-kata motivasi yang kita sering laung-laungkan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak punya kesan terhadap diri. Keyakinan yang selama kita ini kita pegang pun, mampu tergoyah kembali.

Maka di sini, kita dapat melihat kepentingan saling menasihati kepada kebenaran dan kesabaran, yang ditekankanNya melalui surah Al-Asr.

Seringkali, kata-kata tulus mereka itu jualah yang menyembuhkan semangat diri.

Namun bukan itu yang saya mahu sentuh di sini. Dalam konteks diri kita sendiri, bagaimana seharusnya kita berdepan dengan ujian itu. Bagaimana caranya untuk kita memotivasikan diri sendiri?

Ok. Perkara ini kita perlu faham dengan jelas, supaya tatkala kita diuji nanti, mudah-mudahan perkongsian ini turut mampu membangkitkan kita kembali.

First.

Mulakan dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa-apa perkara.

Bersangka baiklah.

Yakinlah, tidak Dia menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti, punya hikmah disebalik peristiwa yang menimpa. Yup.

" Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[Surah Al-Baqarah, 2: 216]

Kemudian, sertai kepostifan tadi(bersangka baik) dengan bersabar. Inallaha ma'as sobirin. Kerana sesungguhnya, Allah itu berserta dengan mereka yang sabar.

Sabar.

Dan kelak, kesabaranmu itu pasti akan membuahkan hasil yang bermanfaat, agar kemudiannya kau dapat merenung kembali hikmah yang Dia susunkan itu, sambil dirimu tersenyum. :)



Kesilapan kita

Ada masa kita silap.

Kita rasakan yang kita ini sudah cukup kuat, bagaikan kita ini telah lut dari sebarang titik-titik kelemahan.

Terkadang, kita rasakan bahawa kita mampu berdiri sendiri, sehinggakan kita fikir, semua ujian yang datang kepada kita itu, kita mampu selesaikan seorang diri.

Tidak. Saya tidak salahkan kemahuan kita untuk hidup berdikari.

Namun, kita sering lupa. Bahawa hakikatnya, kita ini hanyalah makhlukNya yang serba lemah dan kekurangan. Mampukah kita menanggung semua ujian itu dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan?


" Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah."
[Surah An-Nisa', 4: 32]


Ya. Manusia itu sifatnya tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya; jika tidak dia memperoleh kekuatan itu dari Allah.

Bukankah ujian itu datangnya dari Allah? Maka, kepada siapa lagi ia harus kita kembalikan jika tidak kepada Dia Yang Maha Kuasa?

Namun, silapnya pada kita.

Kita sering menyombongkan diri untuk bersimpuh memohon pertolonganNya.

Merasakan, diri kita sudah lengkap sempurna. Kuat, berkuasa.

Sedangkan, hakikatnya, kita sedikit tidak punya daya, jika Dia tidak mengizinkannya.



Wujudnya saat muhasabah

Manusia itu, jarang sekali mahu bermuhasabah diri. Tatkala disentap dengan ujian yang berat, barulah wujud saat mereka kembali berfikir, apakah salah silap mereka selama ini. Itupun jikalau mereka sedar.

Maka, salah satu hikmah dari ujian adalah wujudnya masa kita untuk bermuhasabah.

Masa untuk kita merenung kembali, sejauh mana telah ku bawa kehidupan ini.

Adakah aku masih di landasan yang benar?

Dan hikmah dari muhasabah ini akan membawa kita melihat dan memikirkan pula hikmah-hikmah yang lain dari ujian tadi.

Baik.

Apakah hikmah yang ingin Dia tunjukkan kepada kita melaluinya?

Manusia itu selalu bersifat lupa diri tatkala diberi nikmat. Namun, tatkala kita diuji dengan sedemikian rupa, barulah kita bersegara kembali mencariNya. Sungguh-sungguh kita mohon padaNya, agarkan dipermudah segala kesulitan yang ada. Sedang selama ini, hendak mengingatiNya sebentar pun terasa berat. Astagfirullah, hamba jenis apakah kita ini?

“ Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdo’a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.”
[Surah Yunus, 10: 12]

Maka, di situ punya hikmah untuk sama-sama kita renungkan.

Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian yang menimpa kita.

Dia mahu kita kembali kepadaNya.

Dia mahu kita selamat di ‘sana’.

Dia mahu kita merenung sebentar dan bermuhasabah kembali.


Sekarang, jawab dengan hati kita. . .

Benarkah selama ini kita telah meletakkan Dia sebagai matlamat hidup kita?
Atau tanpa sedar kita meletakkan perkara-perkara lain(nikmat-nikmat yang Dia tarik itu mungkin) sebagai tujuan hidup yang mesti kita capai?

Benarkah kita telah meletakkan pergantungan kita sepenuhnya kepadaNya?
Atau mungkin, kita meletakkan pergantungan kita kepada 'tuhan-tuhan' lain(manusia-manusia lain atau diri sendiri) lebih, berbanding Dia Yang Maha Sempurna?

Moga-moga, hati-hati yang bersih itu mampu memberikan jawapan yang jujur.

Kerana saya yakin, pasti semua tahu, bahawa apabila kita sudah mengakui Allah itu sebagai Tuhan kita, seharusnya, hanya Dia-lah yang menjadi matlamat utama hidup kita. Dan hanya kepadaNya jualah, tempat kita bergantung segala.

Dan perkara-perkara lain yang ‘terkorban’(ketika diuji) itu, tidak lain hanyalah salah satu karunia dariNya, juga sebagai ujian, pembuktian keimanan manusia.

Seharusnya, ia tidak mampu menggoyah matlamat hidup serta keyakinan kita.


Selama ini, adakah itu cara kita melihat?



Penutup: Kembali sedar matlamat dan peranan hidup


Kembalilah menapak bersama matlamat dan hala tuju yang jelas.

“ Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepadaKu.”
[Surah Ad-Dzariyat, 51: 56]

“ Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, ‘Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?’ Dia berfirman, ‘Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.’”
[Surah Al-Baqarah, 2: 30]

Manusia itu seharusnya sedar, bahawa tujuan ia tercipta di muka bumi ini adalah untuk menghambakan diri kepadaNya(melaksanakan tanggungjawab dan perintahNya, serta meninggalkan laranganNya).

Manusia itu sewajarnya sedar, peranan yang perlu ia mainkan di muka bumi ini ialah sebagai khalifah; yakni dengan memakmurkan muka bumi, serta membawa manusia kembali kepada Allah, satu-satunya ‘Illah’(Tuhan) seluruh semesta.

Setelah kesedaran, kefahaman, dan keyakinan tadi mendasar, semua permasalahan tadi pasti akan tampak lebih mudah. InshaAllah.

Wajar sahaja kita merasa sedih tatkala diuji, kerana itu merupakan lumrah seorang manusia. Namun, adalah amatlah tidak wajar untuk kita merasa kecewa dan putus asa. Sekaligus, kita tidak akan sesekali memanjangkan kesedihan yang dirasa.

Ya. Ia adalah atas keyakinan kita bahawa Allah itu Tuhan yang menciptakan segala.

Memperhambakan diri kepadaNya merupakan tujuan hidup kita.

Dan pasti, Dia tidak menciptakan sesuatu sia-sia, melainkan ada hikmahnya.


Jika kita sudah sedar akan perkara ini, maknanya, hikmah dari ujian itu seharusnya sudah nampak. :) Kebangkitan yang ditunggukan-tunggukan itu juga seharusnya sudah dimulakan langkahnya.


Wahai diri,

Kali ini. . .

Letakkan Dia ‘bersama’ ketika kamu menapak.

Dan pasti, jalan penyelesaian itu akan mula kelihatan. :)


“ … Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”
[Surah At-Talaq, 65: 2-3]
Perkongsian: Muslimah lembik sebab fikir Baitul Muslim?
Dec 16th, 2010 by Hilal Asyraf. Print This Post

Baitul Muslim, apakah yang selama ini kamu fahami?

Ada yang mengemukakan kepada saya, pandangan bahawa ada yang menyatakan yang Muslimah pada zaman ini lembik kerana hanya tahu memikirkan Baitul Muslim. Dinyatakan bahawa, mereka ini hanya tahu membincangkan Baitul Muslim, tetapi tidak tahu membincangkan perjuangan ummah. Sebab itu mereka ini lembik.

Hem. Saya tertawa juga sebenarnya bila orang kemukakan begitu kepada saya.

Lembik, sebab fikir Baitul Muslim?

Tetapi apabila saya fikir-fikir kembali, baiklah, saya dapat. Ada kebenarannya dalam pandangan itu. Tinggal, pada saya, memanah pandangan itu secara umum sedemikian rupa adalah tidak kena sebenarnya. Sebab Baitul Muslim sebenarnya adalah isu yang amat penting di dalam pembinaan Daulah Islamiyyah, dan merupakan antara wasilah terpenting dalam memastikan kelansungan tarbiyah dalam kehidupan insan.

Namun saya akui, salah cara memandang Baitul Muslim, memang akan membawa kepada ke’lembik’an. Tinggal, saya kira, sebenarnya adalah untuk semua. Bukan muslimah sahaja. Muslimin pun boleh jadi lembik kalau fikir Baitul Muslim ini tidak kena pada caranya.


Baitul Muslim = Cari Jodoh? Saya kata tidak.

Pertamanya, ramai yang tidak memahami apakah sebenarnya Baitul Muslim. Ramai yang akhirnya tersesat ke satu solusi seperti tajuk subtopik kita, yakni Baitul Muslim disamakan dengan pencarian jodoh, pencarian pasangan dan sebagainya.

Kesilapan kefahaman inilah yang membawa kepada ke’lembik’an apabila Baitul Muslim diperbincangkan. Maka yang disibukkan nanti adalah isu “adakah si fulan bin si fulan atau si fulanah binti si fulan itulah yang ditakdirkan untuk aku?”, “saya termimpikan si dia, apakah dia orangnya?”, “saya nampak tanda di langit, tiba-tiba hati saya teringatkan dia. Apakah itu tandanya?” dan sebagainya.

Diri juga akan menjadi sibuk dengan isu: “Mencari Pasangan Yang Ditakdirkan.” Sibuk hanya dengan ciri-ciri pasangan kirana dan sebagainya.

Baitul Muslim seakan-akan menjadi satu fikrah pencarian jodoh, melibatkan isu-isu takdir dalam jodoh, istikharah, ciri-ciri pasangan dan sebagainya.

Kalau kita memahami bahawa Baitul Muslim hanya setakat itu, atau dalam erti kata lain, kita melayan Baitul Muslim dengan etika sedemikian semata-mata, maka benarlah membincangkan Baitul Muslim akan melembikkan pemikiran semua.

Sebab Baitul Muslimnya hanya sekadar di gerbang perkahwinan.


Baitul Muslim yang sebenarnya

Sebenarnya, pada pertama sekali, mengapakah istilah Baitul Muslim seakan-akan diangkat menjadi agenda besar dalam kehidupan seorang mukmin?

Kita lihat semula ya mengapa isu ‘Baitul Muslim’ adalah isu yang hangat. Bukan kerana Baitul Muslim adalah isu jodoh, mencari pasangan, cinta dan sebagainya. Lihat semula pada perkataan Baitul Muslim. Apakah maksudnya?

“Rumah Orang Islam.”

Maka kita kembali kepada asalnya.

Istilah Baitul Muslim muncul apabila kita membincangkan berkenaan perjuangan untuk mengembalikan Islam sebagai perlembagaan dalam kehidupan. Maka hendak merealisasikan perkara itu, perlulah kita jalankan satu strategi jangka panjang, yang dinamakan takwin fardhil muslim. Takwin Fardhil Muslim bermaksud - Pembentukan Individu Muslim yang perlu digerakkan dalam setiap peringkat berikut:

Individu muslim - rumah tangga muslim(Baitul Muslim) - masyarakat muslim - kerajaan muslim - khilafah islam - empayar islam - Islam sebagai ustaziatul alam(pentadbir seluruh alam ini).

Baitul Muslim menjadi isu besar adalah kerana ia merupakan antara marhalah yang wujud di dalam perjalanan merealisasikan terbinanya Islam sebagai daulah yang mentadbir alam ini. Itulah sebabnya muncul perbincangan berkenaan Baitul Muslim.

Baitul Muslim dilihat sebagai batu-bata yang membina bangunan Daulah tadi. Merupakan satu peringkat penting dalam strategi untuk melihat kembalinya Islam diambil sebagai perlembagaan hidup. Hal ini kerana, keluarga adalah institusi terpenting dalam melahirkan para mujahid, pejuang di jalan Allah, da’ie, penyeru di jalan Allah SWT.

Inilah dia origin Baitul Muslim yang sebenarnya. Baitul Muslim adalah hakikatnya agenda perjuangan untuk melihat Islam itu kembali tertegak sebagai satu sistem yang memerintah dunia. Bukan semata-mata isu jodoh, solat istikharah, mimpi-mimpi, ciri-ciri pasangan dan sebagainya.


Apabila dipisahkan Baitul Muslim daripada originnya.

Apabila perbincangan isu jodoh, ciri-ciri pasangan, tidak dikaitkan dengan perjuangan membina daulah Islam, ini akan menghasilkan perbincangan kosong yang tidak membawa makna. Hanya satu keseronokan bermain ’tilik nasib’ untuk ‘mencari pasangan yang ditakdirkan’ semata-mata.

Inilah dia yang membuatkan perbincangan Baitul Muslim, berputar dalam bulatan yang tiada akhirnya. Tidak memberikan manfaat. Bahkan tidak membina jati diri seorang mukmin. Juga tidak memberikan mudharat kepada jahiliyyah.

Sedangkan Baitul Muslim apabila diteliti, lebih dari sekadar isu ciri-ciri pasangan, istikharah mencari pasangan, jodoh dan cinta semata-mata. Baitul Muslim juga menitik beratkan pembinaan peribadi mukmin itu sendiri di dalam diri kita. Membincangkan isu-isu tarbiyah pasangan dan pembinaan anak-anak. Menyebabkan isu-isu seperti tanggungjawab diri, kebersihan diri, disiplin diri, hubungan dengan Allah SWT, semuanya diangkat naik dalam perbincangan Baitul Muslim ini.

Bukan semata-mata cari jodoh, istikharah, mimpi nampak apa, mimpi saya benar atau tidak, oh mungkin dialah yang ditakdirkan untukku, ciri-ciri dia cukup ke ha untuk jadi pasangan aku, ciri-ciri aku ni layak ke nak dapat isteri seperti Khadijah dan sebagainyalah.

Apabila Baitul Muslim itu dipisahkan daripada isunya yang sebenar - salah satu peringkat dalam agenda membina kembali daulah Islamiyyah - jadilah pembincang-pembincang Baitul Muslim merupakan orang-orang lembik yang meninggalkan perjuangan ummah.


Penutup: Baitul Muslim yang ori, itu yang patut hangat diperbincangkan

Saya masih ingat pada zaman saya sendiri tertipu dengan istilah Baitul Muslim itu. Saya dulu pun fikir Baitul Muslim ini isu cari jodoh, pilih pasangan, cinta dan sebagainya. Akhirnya bila fikir semula, semua itu tidak membawa manfaat kepada diri. Tidak membawa peningkatan pada diri. Yang ada hanyalah mudarat.

Tetapi apabila faham apakah sebenarnya Baitul Muslim, mula dididik dengan serius berkenaan pembentukan peribadi mukmin, di situlah bermulanya penglihatan yang besar kepada isu tanggungjawab, isu tarbiyah diri, isu disiplin diri, isu mempersiapkan peribadi untuk menjadi murabbi kepada keluarga dan sebagainya. Di situlah mula rasa untuk menggerakkan diri.

“Berusaha ke arah mampu.”

Itu istilah yang saya suka guna pakai. Sebab kalau nak kata ‘mampu’ membina baitul muslim, entah sampai bila baru boleh tahu diri ini mampu atau tidak bukan? Sekurang-kurangnya, disiapkan target menggerakkan usaha-usaha ke arah mampu itu.

Itulah hasil Baitul Muslim yang ori, apabila diperdalami. Mustahil menghasilkan kelembikan bukan? Kalau bincang yang ori la.

Tetapi kalau dibincangnya hanya sekadar jodoh, cinta, istikharah betul ke tak betul, memang pusing-pusing macam mana sekalipun, paling boleh pergi jauh pun gerbang perkahwinan sahaja.

Wednesday, September 22, 2010

Sejauh mana hasrat hatimu menjalankan kebaikan???

"Dan alangkah ngerinya,jika sekiranya kamu melihat ketika orang2 yg berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Rabbnya,(mereka berkata): "Ya Tuhanku, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia, kami akn mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami adalah org2 yg yakin." (32:12)

Betapa sering kita dgr bhw penyesalan seringkali dtg terlewat. Saat kesempatan masih terbuka dgn seluas2nya, ia biarkan berlalu begitu saja, namun ketika ia sudah pergi maka keluhan atas penyesalan itu, "Mengapa dulu aku tidak manfaatkan dgn sebaik2nya?"

Rasulullah saw dan para shbtnya biarpun mereka disibukkan dgn berbagai mcm urusn yg besar namun mereka tidak memandang remeh urusan yg kecil. Sebab kebaikan itu biarpun kecil tp tetap akn dicintai Allah. Bukankah kebahagiaan sejati seorg hamba ialah apbl dia disayangi oleh Penciptanya?

"Maka apakah kamu mengira, bhw sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main2,dan bhw kamu tidak akan dikembalikan kpd Kami?" (23:115)

Bila kita yakin bhw kita diciptakan bukan utk main2,maka janganlah kita sia2kan hidup ni dgn perbuatan2 yg tidak bermakna.jgn sia2kan kesempatan yg ada.igt 5prkara sblm dtg 5perkara. Allah berjanji : "Barangsiapa yg mengerjakan kebaikan walau sebesar zarahpun, akan melihat balasannya." (99:7).

Kemuliaan manusia dlm pandangan Allah bukan diukur bdasarkan postur tubuh yg sempurna, harta yg byk, keturunan yg baik dan kekuasaan yg luas didunia. namun ditentukn oleh kemuliaan Hati@jiwa yg menghuni raganya. jiwa yg merindukn syurga krn disitu ia akn berkumpul bsama para kekasih-Nya. Jiwa yg bersinar krn chy iman dlm dada.

Disaat2 jiwa diterpa ujian inilah jiwa kita memerlukan madrasah utk menyegarkan iman agar sentiasa istiqomah di jln-Nya. Madrasah yg akn mengantarkan kpd kemuliaan jiwa seseorg muslim . sama2 renungkan...

Thursday, August 5, 2010

salam ukhuwah...




Ya Allah satukan hati kami....
berkati ukhwah ini..
murahkan rezeki kami utk saling ziarah...
ukhti...ana amt merindui kalian....
jazakillah atas ukhwah yg dihulurkan...

salam Ramadhan untuk semua saudarku....




Salam ramadhan semua....he3 xtau nok kecek gapo kat demo sumo....

semoga usia kita dipanjangkan dlm ketaan untuk menghadapi ramadhan kali ini....

3 golongan manusia yg celaka iaitu:
1. org yg apbl disebut nama rasulullah SAW, dia tidak berselawat ke atas baginda.
2. org yg ada ibubapa tp dia xtaat pd ibubapanya.
3. org yg bl dtg bulan ramadhan, dia mensis2kannya...

6 perkara membuatkan puasa kita sempurna:
1. menjaga lidah dr perkataan sia2
2. menjaga pandangan dr perkara sia2
3. menperbanyak zikir
4. wujudkan rs takut jika Allah tidak menerima puase kite.
5. menjaga seluruh anggota dr maksiat...
6. ?

asif...yg keenam ana xingat da....nota kuliah xbw ke cc....nnt ana ghoyak mulo deh...
slmt beribadah....doakan mg kita semua tsabat memperjuangkan kalimah kebenaran hny krn Allah....

salam sayang semua....bg adik2ku di ipsm...mai la berbuka kat umah ana yer....tatatititutu,,,,yg tulus dari : k.azie yg merinduimu...

Friday, July 9, 2010

Boikot: Cara Mudah Hancurkan Israel dari Dalam Rumah




“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).” (QS. Al-Anfal: 60)
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, janganlah kamu melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (QS. Al-Baqarah : 190)
“Sudah jelas, tiap produk yang mereka bikin selalu menghasilkan keuntungan yang sebagian besarnya dibelikan peluru untuk dipakai membunuhi Muslim Palestina…” (Allahuyarham Ustadz Rahmat Abdullah)
*
Tragedi kemanusiaan yang menimpa ratusan relawan pro Gaza di kapal Mavi Marmara dan lima kapal lainnya yang diserang tentara Zionis-Israel beberapa hari lalu menyatukan hati umat manusia di seluruh dunia untuk membela rakyat Palestina di Jalur Gaza yang sejak tahun 2006 telah diembargo total Zionis-Israel dan sekutu-sekutunya. Aksi demonstrasi pecah di mana-mana mengutuk Zionis-Israel. Berbagai acara diskusi, seminar, dan pertemuan ilmiah digelar. Doa bersama dipanjatkan.
Dan di tengah-tengah aksi solidaritas ini kembali muncul seruan agar seluruh penduduk dunia yang masih memiliki nurani agar melakukan boikot terhadap seluruh produk pro Zionis-Israel.
Seruan aksi boikot ini tentunya tidak bisa dipisahkan dari fatwa Dr. Yusuf Qaradhawy yang pada hari Jum’at pekan pertama November 2000, di hadapan jamaah sholat Jum’at di Masjid Umar bin Khattab, Qatar, menyerukan dunia agar memboikot produk pro Israel. Qaradhawy berkata:
“Tiap-tiap riyal, dirham, dan sebagainya, yang digunakan untuk membeli produk dan barang Israel atau Amerika, dengan cepat akan menjelma menjadi peluru-peluru yang merobek dan membunuhi pemuda dan bocah-bocah Palestina. Sebab itu, diharamkan bagi umat Islam membeli barang-barang atau produk musuh-musuh Islam tersebut. Membeli barang atau produk mereka, berarti ikut serta mendukung kekejaman tirani, penjajahan, dan pembunuhan yang dilakukan mereka terhadap umat Islam di belahan dunia lainnya…”
Seruan ini mendapat sambutan yang hangat dan hampir seluruh aktivis Islam, juga aktivis kemanusiaan pro Palestina yang terdiri dari berbagai agama dan ras, juga melakukan aksi boikot seperti yang diserukan Qaradhawy. Berbagai perusahaan donatur Zionis-Israel pun sempat mengalami kolaps oleh aksi boikot ini. Namun disebabkan gerakan ini “hangat-hangat tahi ayam”, maka dengan cepat perusahaan-perusahaan ini bisa bangkit kembali.
Di sisi lain, terdapat sedikit salah persepsi tentang gerakan boikot produk pro Zionis-Israel ini. Banyak yang mengira, gerakan ini adalah gerakan tidak menggunakan dan tidak mengkonsumsi, padahal fatwa Qaradhawy sendiri dengan jelas menyebutkan:
“…diharamkan bagi umat Islam membeli barang-barang atau produk musuh-musuh Islam tersebut. Membeli barang atau produk mereka, berarti ikut serta mendukung kekejaman tirani, penjajahan, dan pembunuhan yang dilakukan mereka terhadap umat Islam di belahan dunia lainnya.”
Tidak bisa lain. Yang diharamkan adalah mengalirkan uang milik umat Islam ke dalam kantong-kantong perusahaan-perusahaan Zionis-Israel itu.
Qaradhawy mengatakan, “…Membeli barang atau produk mereka, berarti ikut serta mendukung kekejaman tirani, penjajahan, dan pembunuhan yang dilakukan mereka terhadap umat Islam di belahan dunia lainnya…”
Yang diharamkan adalah mengalirkan uang milik umat Islam kepada perusahaan donatur Zionis karena uang itu akan diputar di dalam industri senjata mereka untuk membunuhi rakyat Palestina. Disini, yang diharamkan bukan saja ‘pembelian’ dalam hal barang pro Zionis, tetapi juga diharamkan melakukan ‘penyewaan tempat’ terhadap hotel-hotel donatur Zionis-Israel, karena hal ini juga berarti mengalirkan uang milik umat Islam ke kantong musuh-musuh Allah Swt.
Gerakan boikot produk pro Zionis-Israel dilakukan untuk menembus blokade atau embargo Zionis-Israe atas warga Gaza. Misi yang sama dilakukan oleh ratusan relawan dunia yang kemarin diserang tentara Israel laknatullah di perairan internasional, ratusan kilometer di barat Palestina. Sebab itu, ada baiknya kita flash-back dulu, menengok kejadian empat tahun lalu ketika Israel mulai memblokade Jalur Gaza. Mengapa hal itu bisa terjadi?

Monday, June 14, 2010

tabahkan hatimu ukhtiku...

Kewajiban Dai Saat Menghadapi Ujian ,
BERPEGANG TEGUH PADA JAMAAH

Tak semua penyeru mengajak pada kebaikan. Sebagian justru mengajak pada maksiat dan kemungkaran. Berpegang teguh pada jamaah adalah satu kiat menghadapinya

Para sahabat Rasulullah saw. amat menyadari bahwa hidup sebagai mukmin tak akan lepas dari ujian. Hal ini tergambar dalam dialog antara Hudzaifah dengan Rasulullah saw., seperti yang terekam dalam hadits berikut:

Wahai Rasulullah saw., dulu kami dalam keadaan jahiliyah dan penuh keburukan. Lalu Allah mendatangkan kebaikan ini. Apakah setelah kebaikan ini akan ada keburukan? Rasulullah saw. menjawab, ˜Ya. Aku bertanya lagi, apakah setelah keburukan itu akan ada kebaikan? Ia menjawab, ˜Ya, akan tetapi ada ada kotorannya. Aku bertanya, apa kotorannya itu? Ia menjelaskan, Adanya kelompok orang yang mengambil petunjuk selain petunjukku. Kamu kenal dia lalu kamu menolaknya. Lalu aku bertanya lagi, adakah setelah itu keburukan? Ia menjawab, Ya, yaitu para penyeru menuju pintu-pintu jahanam. Siapa yang mengikuti mereka menuju jahanam maka Allah akan campakkan mereka ke dalamnya. Aku bertanya, wahai Rasulullah, terangkanlah kepada kami tentang mereka. Rasulullah saw. mengatakan, Mereka berkulit seperti kulit kita dan berbicara dengan bahasa kita.Aku bertanya, Apa yang kau perintahkan jika aku mengalami hal itu? Rasulullah saw. menjawab, Kamu harus berpegang teguh pada jamaah Muslimin dan imamnya. (Al-Bukhari dan Muslim)

Dari penjelasan Rasulullah saw. ini tergambar bahwa salah satu ujian kaum mukmin akan berwujud munculnya orang-orang yang mengatasnamakan dirinya Muslim namun jauh dari petunjuk Rasulullah saw. Bahkan mereka dikabarkan aktif menyeru manusia menuju jahanam.

Untuk menghadapai ujian berat seperti itu maka Rasulullah saw. pun menasihati umatnya agar berpegang teguh pada jamaah Muslimin dan imamnya. Sungguh ini merupakan resep jitu bagi orang-orang yang ingin mempertahankan aqidah dan menjaga identitas keislamannya. Karena komitmen pada jamaah memberi banyak manfaat, antara lain:

1. Jamaah meningkatkan ibadah
Pernahkah Anda merasa lebih giat melaksanakan ibadah shalat sunnah misalnya- saat bersama-sama? Pernahkah Anda merasa bermalas-malasan beribadah saat melakukannya sendirian? Kalau ya, jangan heran. Semangat menjalankan ibadah saar bersama-sama memang merupakan salah satu hikmah kebersamaan dalam jamaah. Jamaah dan hidup berjamaah mendorong kita meningkatkan ibadah dan lebih memperkuat kesabaran dalam perjuangan. Simak saja betapa banyaknya ayat Quran yang menyuruh kita melakukan ibadah, berpegang teguh pada ajaran Islam, sekaligus melakukan perjuangan dalam lingkup jamaah dan atas dasar kebersamaan. Perhatikan ayat-ayat berikut:Dan berpegang teguhlah pada tali Allah secara bersama-sama dan janganlah kalian bercerai berai. Dan ingatlah nikmat Allah kepada kalian tatkala kalian bermusuhan lalu Dia mempersatukan hati kalian hingga jadilah kalian dengan nikmat-Nya itu sudara. Dan dulu kalian berada di tepi jurang neraka, lalu Dia menyelamatkan kalian darinya. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kalian ayat-ayat-Nya agar kalian mendapat petunjuk. (Ali Imran 103)