~Bicara Perindu Syurga~

"Sesungguhnya seorang Muslim itu, apabila ia berjalan di jalan dakwah, ia tidak hanya berjalan dengan hatinya sahaja...Bahkan ia dibawa bersama hati saudaranya...Justeru itu, setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya." (Mustafa Masyhur)

lets join me..

Wednesday, December 15, 2010

Motivasi: Di kala rasa lemah itu menjengah

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Sampai bila kan kita membiarkan diri terus melemah?


Memang.

Rasa lemah itu kadangkala menyapa diri.

Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur.

Terkadang, cukup satu ujian yang menerpa. Namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah.

Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, alhamdulillah.

Namun, terkadang, kejatuhan yang kita alami itu seakan-akan merenggut segala daya dan upaya kita. Tenaga yang bersisa pun entah hilang ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang sudah semacam tiada.

Lalu, masihkah ada sinar harapan buat kita bangkit kembali?



Bagaimana kita menyikapinya?

Saya percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya.

Yup. Memang tidak dapat dinafikan. Saya pun pernah berada dalam kondisi itu. Di kala, kata-kata motivasi yang kita sering laung-laungkan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak punya kesan terhadap diri. Keyakinan yang selama kita ini kita pegang pun, mampu tergoyah kembali.

Maka di sini, kita dapat melihat kepentingan saling menasihati kepada kebenaran dan kesabaran, yang ditekankanNya melalui surah Al-Asr.

Seringkali, kata-kata tulus mereka itu jualah yang menyembuhkan semangat diri.

Namun bukan itu yang saya mahu sentuh di sini. Dalam konteks diri kita sendiri, bagaimana seharusnya kita berdepan dengan ujian itu. Bagaimana caranya untuk kita memotivasikan diri sendiri?

Ok. Perkara ini kita perlu faham dengan jelas, supaya tatkala kita diuji nanti, mudah-mudahan perkongsian ini turut mampu membangkitkan kita kembali.

First.

Mulakan dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa-apa perkara.

Bersangka baiklah.

Yakinlah, tidak Dia menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti, punya hikmah disebalik peristiwa yang menimpa. Yup.

" Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[Surah Al-Baqarah, 2: 216]

Kemudian, sertai kepostifan tadi(bersangka baik) dengan bersabar. Inallaha ma'as sobirin. Kerana sesungguhnya, Allah itu berserta dengan mereka yang sabar.

Sabar.

Dan kelak, kesabaranmu itu pasti akan membuahkan hasil yang bermanfaat, agar kemudiannya kau dapat merenung kembali hikmah yang Dia susunkan itu, sambil dirimu tersenyum. :)



Kesilapan kita

Ada masa kita silap.

Kita rasakan yang kita ini sudah cukup kuat, bagaikan kita ini telah lut dari sebarang titik-titik kelemahan.

Terkadang, kita rasakan bahawa kita mampu berdiri sendiri, sehinggakan kita fikir, semua ujian yang datang kepada kita itu, kita mampu selesaikan seorang diri.

Tidak. Saya tidak salahkan kemahuan kita untuk hidup berdikari.

Namun, kita sering lupa. Bahawa hakikatnya, kita ini hanyalah makhlukNya yang serba lemah dan kekurangan. Mampukah kita menanggung semua ujian itu dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan?


" Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah."
[Surah An-Nisa', 4: 32]


Ya. Manusia itu sifatnya tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya; jika tidak dia memperoleh kekuatan itu dari Allah.

Bukankah ujian itu datangnya dari Allah? Maka, kepada siapa lagi ia harus kita kembalikan jika tidak kepada Dia Yang Maha Kuasa?

Namun, silapnya pada kita.

Kita sering menyombongkan diri untuk bersimpuh memohon pertolonganNya.

Merasakan, diri kita sudah lengkap sempurna. Kuat, berkuasa.

Sedangkan, hakikatnya, kita sedikit tidak punya daya, jika Dia tidak mengizinkannya.



Wujudnya saat muhasabah

Manusia itu, jarang sekali mahu bermuhasabah diri. Tatkala disentap dengan ujian yang berat, barulah wujud saat mereka kembali berfikir, apakah salah silap mereka selama ini. Itupun jikalau mereka sedar.

Maka, salah satu hikmah dari ujian adalah wujudnya masa kita untuk bermuhasabah.

Masa untuk kita merenung kembali, sejauh mana telah ku bawa kehidupan ini.

Adakah aku masih di landasan yang benar?

Dan hikmah dari muhasabah ini akan membawa kita melihat dan memikirkan pula hikmah-hikmah yang lain dari ujian tadi.

Baik.

Apakah hikmah yang ingin Dia tunjukkan kepada kita melaluinya?

Manusia itu selalu bersifat lupa diri tatkala diberi nikmat. Namun, tatkala kita diuji dengan sedemikian rupa, barulah kita bersegara kembali mencariNya. Sungguh-sungguh kita mohon padaNya, agarkan dipermudah segala kesulitan yang ada. Sedang selama ini, hendak mengingatiNya sebentar pun terasa berat. Astagfirullah, hamba jenis apakah kita ini?

“ Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdo’a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.”
[Surah Yunus, 10: 12]

Maka, di situ punya hikmah untuk sama-sama kita renungkan.

Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian yang menimpa kita.

Dia mahu kita kembali kepadaNya.

Dia mahu kita selamat di ‘sana’.

Dia mahu kita merenung sebentar dan bermuhasabah kembali.


Sekarang, jawab dengan hati kita. . .

Benarkah selama ini kita telah meletakkan Dia sebagai matlamat hidup kita?
Atau tanpa sedar kita meletakkan perkara-perkara lain(nikmat-nikmat yang Dia tarik itu mungkin) sebagai tujuan hidup yang mesti kita capai?

Benarkah kita telah meletakkan pergantungan kita sepenuhnya kepadaNya?
Atau mungkin, kita meletakkan pergantungan kita kepada 'tuhan-tuhan' lain(manusia-manusia lain atau diri sendiri) lebih, berbanding Dia Yang Maha Sempurna?

Moga-moga, hati-hati yang bersih itu mampu memberikan jawapan yang jujur.

Kerana saya yakin, pasti semua tahu, bahawa apabila kita sudah mengakui Allah itu sebagai Tuhan kita, seharusnya, hanya Dia-lah yang menjadi matlamat utama hidup kita. Dan hanya kepadaNya jualah, tempat kita bergantung segala.

Dan perkara-perkara lain yang ‘terkorban’(ketika diuji) itu, tidak lain hanyalah salah satu karunia dariNya, juga sebagai ujian, pembuktian keimanan manusia.

Seharusnya, ia tidak mampu menggoyah matlamat hidup serta keyakinan kita.


Selama ini, adakah itu cara kita melihat?



Penutup: Kembali sedar matlamat dan peranan hidup


Kembalilah menapak bersama matlamat dan hala tuju yang jelas.

“ Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepadaKu.”
[Surah Ad-Dzariyat, 51: 56]

“ Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, ‘Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?’ Dia berfirman, ‘Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.’”
[Surah Al-Baqarah, 2: 30]

Manusia itu seharusnya sedar, bahawa tujuan ia tercipta di muka bumi ini adalah untuk menghambakan diri kepadaNya(melaksanakan tanggungjawab dan perintahNya, serta meninggalkan laranganNya).

Manusia itu sewajarnya sedar, peranan yang perlu ia mainkan di muka bumi ini ialah sebagai khalifah; yakni dengan memakmurkan muka bumi, serta membawa manusia kembali kepada Allah, satu-satunya ‘Illah’(Tuhan) seluruh semesta.

Setelah kesedaran, kefahaman, dan keyakinan tadi mendasar, semua permasalahan tadi pasti akan tampak lebih mudah. InshaAllah.

Wajar sahaja kita merasa sedih tatkala diuji, kerana itu merupakan lumrah seorang manusia. Namun, adalah amatlah tidak wajar untuk kita merasa kecewa dan putus asa. Sekaligus, kita tidak akan sesekali memanjangkan kesedihan yang dirasa.

Ya. Ia adalah atas keyakinan kita bahawa Allah itu Tuhan yang menciptakan segala.

Memperhambakan diri kepadaNya merupakan tujuan hidup kita.

Dan pasti, Dia tidak menciptakan sesuatu sia-sia, melainkan ada hikmahnya.


Jika kita sudah sedar akan perkara ini, maknanya, hikmah dari ujian itu seharusnya sudah nampak. :) Kebangkitan yang ditunggukan-tunggukan itu juga seharusnya sudah dimulakan langkahnya.


Wahai diri,

Kali ini. . .

Letakkan Dia ‘bersama’ ketika kamu menapak.

Dan pasti, jalan penyelesaian itu akan mula kelihatan. :)


“ … Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”
[Surah At-Talaq, 65: 2-3]
Perkongsian: Muslimah lembik sebab fikir Baitul Muslim?
Dec 16th, 2010 by Hilal Asyraf. Print This Post

Baitul Muslim, apakah yang selama ini kamu fahami?

Ada yang mengemukakan kepada saya, pandangan bahawa ada yang menyatakan yang Muslimah pada zaman ini lembik kerana hanya tahu memikirkan Baitul Muslim. Dinyatakan bahawa, mereka ini hanya tahu membincangkan Baitul Muslim, tetapi tidak tahu membincangkan perjuangan ummah. Sebab itu mereka ini lembik.

Hem. Saya tertawa juga sebenarnya bila orang kemukakan begitu kepada saya.

Lembik, sebab fikir Baitul Muslim?

Tetapi apabila saya fikir-fikir kembali, baiklah, saya dapat. Ada kebenarannya dalam pandangan itu. Tinggal, pada saya, memanah pandangan itu secara umum sedemikian rupa adalah tidak kena sebenarnya. Sebab Baitul Muslim sebenarnya adalah isu yang amat penting di dalam pembinaan Daulah Islamiyyah, dan merupakan antara wasilah terpenting dalam memastikan kelansungan tarbiyah dalam kehidupan insan.

Namun saya akui, salah cara memandang Baitul Muslim, memang akan membawa kepada ke’lembik’an. Tinggal, saya kira, sebenarnya adalah untuk semua. Bukan muslimah sahaja. Muslimin pun boleh jadi lembik kalau fikir Baitul Muslim ini tidak kena pada caranya.


Baitul Muslim = Cari Jodoh? Saya kata tidak.

Pertamanya, ramai yang tidak memahami apakah sebenarnya Baitul Muslim. Ramai yang akhirnya tersesat ke satu solusi seperti tajuk subtopik kita, yakni Baitul Muslim disamakan dengan pencarian jodoh, pencarian pasangan dan sebagainya.

Kesilapan kefahaman inilah yang membawa kepada ke’lembik’an apabila Baitul Muslim diperbincangkan. Maka yang disibukkan nanti adalah isu “adakah si fulan bin si fulan atau si fulanah binti si fulan itulah yang ditakdirkan untuk aku?”, “saya termimpikan si dia, apakah dia orangnya?”, “saya nampak tanda di langit, tiba-tiba hati saya teringatkan dia. Apakah itu tandanya?” dan sebagainya.

Diri juga akan menjadi sibuk dengan isu: “Mencari Pasangan Yang Ditakdirkan.” Sibuk hanya dengan ciri-ciri pasangan kirana dan sebagainya.

Baitul Muslim seakan-akan menjadi satu fikrah pencarian jodoh, melibatkan isu-isu takdir dalam jodoh, istikharah, ciri-ciri pasangan dan sebagainya.

Kalau kita memahami bahawa Baitul Muslim hanya setakat itu, atau dalam erti kata lain, kita melayan Baitul Muslim dengan etika sedemikian semata-mata, maka benarlah membincangkan Baitul Muslim akan melembikkan pemikiran semua.

Sebab Baitul Muslimnya hanya sekadar di gerbang perkahwinan.


Baitul Muslim yang sebenarnya

Sebenarnya, pada pertama sekali, mengapakah istilah Baitul Muslim seakan-akan diangkat menjadi agenda besar dalam kehidupan seorang mukmin?

Kita lihat semula ya mengapa isu ‘Baitul Muslim’ adalah isu yang hangat. Bukan kerana Baitul Muslim adalah isu jodoh, mencari pasangan, cinta dan sebagainya. Lihat semula pada perkataan Baitul Muslim. Apakah maksudnya?

“Rumah Orang Islam.”

Maka kita kembali kepada asalnya.

Istilah Baitul Muslim muncul apabila kita membincangkan berkenaan perjuangan untuk mengembalikan Islam sebagai perlembagaan dalam kehidupan. Maka hendak merealisasikan perkara itu, perlulah kita jalankan satu strategi jangka panjang, yang dinamakan takwin fardhil muslim. Takwin Fardhil Muslim bermaksud - Pembentukan Individu Muslim yang perlu digerakkan dalam setiap peringkat berikut:

Individu muslim - rumah tangga muslim(Baitul Muslim) - masyarakat muslim - kerajaan muslim - khilafah islam - empayar islam - Islam sebagai ustaziatul alam(pentadbir seluruh alam ini).

Baitul Muslim menjadi isu besar adalah kerana ia merupakan antara marhalah yang wujud di dalam perjalanan merealisasikan terbinanya Islam sebagai daulah yang mentadbir alam ini. Itulah sebabnya muncul perbincangan berkenaan Baitul Muslim.

Baitul Muslim dilihat sebagai batu-bata yang membina bangunan Daulah tadi. Merupakan satu peringkat penting dalam strategi untuk melihat kembalinya Islam diambil sebagai perlembagaan hidup. Hal ini kerana, keluarga adalah institusi terpenting dalam melahirkan para mujahid, pejuang di jalan Allah, da’ie, penyeru di jalan Allah SWT.

Inilah dia origin Baitul Muslim yang sebenarnya. Baitul Muslim adalah hakikatnya agenda perjuangan untuk melihat Islam itu kembali tertegak sebagai satu sistem yang memerintah dunia. Bukan semata-mata isu jodoh, solat istikharah, mimpi-mimpi, ciri-ciri pasangan dan sebagainya.


Apabila dipisahkan Baitul Muslim daripada originnya.

Apabila perbincangan isu jodoh, ciri-ciri pasangan, tidak dikaitkan dengan perjuangan membina daulah Islam, ini akan menghasilkan perbincangan kosong yang tidak membawa makna. Hanya satu keseronokan bermain ’tilik nasib’ untuk ‘mencari pasangan yang ditakdirkan’ semata-mata.

Inilah dia yang membuatkan perbincangan Baitul Muslim, berputar dalam bulatan yang tiada akhirnya. Tidak memberikan manfaat. Bahkan tidak membina jati diri seorang mukmin. Juga tidak memberikan mudharat kepada jahiliyyah.

Sedangkan Baitul Muslim apabila diteliti, lebih dari sekadar isu ciri-ciri pasangan, istikharah mencari pasangan, jodoh dan cinta semata-mata. Baitul Muslim juga menitik beratkan pembinaan peribadi mukmin itu sendiri di dalam diri kita. Membincangkan isu-isu tarbiyah pasangan dan pembinaan anak-anak. Menyebabkan isu-isu seperti tanggungjawab diri, kebersihan diri, disiplin diri, hubungan dengan Allah SWT, semuanya diangkat naik dalam perbincangan Baitul Muslim ini.

Bukan semata-mata cari jodoh, istikharah, mimpi nampak apa, mimpi saya benar atau tidak, oh mungkin dialah yang ditakdirkan untukku, ciri-ciri dia cukup ke ha untuk jadi pasangan aku, ciri-ciri aku ni layak ke nak dapat isteri seperti Khadijah dan sebagainyalah.

Apabila Baitul Muslim itu dipisahkan daripada isunya yang sebenar - salah satu peringkat dalam agenda membina kembali daulah Islamiyyah - jadilah pembincang-pembincang Baitul Muslim merupakan orang-orang lembik yang meninggalkan perjuangan ummah.


Penutup: Baitul Muslim yang ori, itu yang patut hangat diperbincangkan

Saya masih ingat pada zaman saya sendiri tertipu dengan istilah Baitul Muslim itu. Saya dulu pun fikir Baitul Muslim ini isu cari jodoh, pilih pasangan, cinta dan sebagainya. Akhirnya bila fikir semula, semua itu tidak membawa manfaat kepada diri. Tidak membawa peningkatan pada diri. Yang ada hanyalah mudarat.

Tetapi apabila faham apakah sebenarnya Baitul Muslim, mula dididik dengan serius berkenaan pembentukan peribadi mukmin, di situlah bermulanya penglihatan yang besar kepada isu tanggungjawab, isu tarbiyah diri, isu disiplin diri, isu mempersiapkan peribadi untuk menjadi murabbi kepada keluarga dan sebagainya. Di situlah mula rasa untuk menggerakkan diri.

“Berusaha ke arah mampu.”

Itu istilah yang saya suka guna pakai. Sebab kalau nak kata ‘mampu’ membina baitul muslim, entah sampai bila baru boleh tahu diri ini mampu atau tidak bukan? Sekurang-kurangnya, disiapkan target menggerakkan usaha-usaha ke arah mampu itu.

Itulah hasil Baitul Muslim yang ori, apabila diperdalami. Mustahil menghasilkan kelembikan bukan? Kalau bincang yang ori la.

Tetapi kalau dibincangnya hanya sekadar jodoh, cinta, istikharah betul ke tak betul, memang pusing-pusing macam mana sekalipun, paling boleh pergi jauh pun gerbang perkahwinan sahaja.

Wednesday, September 22, 2010

Sejauh mana hasrat hatimu menjalankan kebaikan???

"Dan alangkah ngerinya,jika sekiranya kamu melihat ketika orang2 yg berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Rabbnya,(mereka berkata): "Ya Tuhanku, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia, kami akn mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami adalah org2 yg yakin." (32:12)

Betapa sering kita dgr bhw penyesalan seringkali dtg terlewat. Saat kesempatan masih terbuka dgn seluas2nya, ia biarkan berlalu begitu saja, namun ketika ia sudah pergi maka keluhan atas penyesalan itu, "Mengapa dulu aku tidak manfaatkan dgn sebaik2nya?"

Rasulullah saw dan para shbtnya biarpun mereka disibukkan dgn berbagai mcm urusn yg besar namun mereka tidak memandang remeh urusan yg kecil. Sebab kebaikan itu biarpun kecil tp tetap akn dicintai Allah. Bukankah kebahagiaan sejati seorg hamba ialah apbl dia disayangi oleh Penciptanya?

"Maka apakah kamu mengira, bhw sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main2,dan bhw kamu tidak akan dikembalikan kpd Kami?" (23:115)

Bila kita yakin bhw kita diciptakan bukan utk main2,maka janganlah kita sia2kan hidup ni dgn perbuatan2 yg tidak bermakna.jgn sia2kan kesempatan yg ada.igt 5prkara sblm dtg 5perkara. Allah berjanji : "Barangsiapa yg mengerjakan kebaikan walau sebesar zarahpun, akan melihat balasannya." (99:7).

Kemuliaan manusia dlm pandangan Allah bukan diukur bdasarkan postur tubuh yg sempurna, harta yg byk, keturunan yg baik dan kekuasaan yg luas didunia. namun ditentukn oleh kemuliaan Hati@jiwa yg menghuni raganya. jiwa yg merindukn syurga krn disitu ia akn berkumpul bsama para kekasih-Nya. Jiwa yg bersinar krn chy iman dlm dada.

Disaat2 jiwa diterpa ujian inilah jiwa kita memerlukan madrasah utk menyegarkan iman agar sentiasa istiqomah di jln-Nya. Madrasah yg akn mengantarkan kpd kemuliaan jiwa seseorg muslim . sama2 renungkan...

Thursday, August 5, 2010

salam ukhuwah...




Ya Allah satukan hati kami....
berkati ukhwah ini..
murahkan rezeki kami utk saling ziarah...
ukhti...ana amt merindui kalian....
jazakillah atas ukhwah yg dihulurkan...

salam Ramadhan untuk semua saudarku....




Salam ramadhan semua....he3 xtau nok kecek gapo kat demo sumo....

semoga usia kita dipanjangkan dlm ketaan untuk menghadapi ramadhan kali ini....

3 golongan manusia yg celaka iaitu:
1. org yg apbl disebut nama rasulullah SAW, dia tidak berselawat ke atas baginda.
2. org yg ada ibubapa tp dia xtaat pd ibubapanya.
3. org yg bl dtg bulan ramadhan, dia mensis2kannya...

6 perkara membuatkan puasa kita sempurna:
1. menjaga lidah dr perkataan sia2
2. menjaga pandangan dr perkara sia2
3. menperbanyak zikir
4. wujudkan rs takut jika Allah tidak menerima puase kite.
5. menjaga seluruh anggota dr maksiat...
6. ?

asif...yg keenam ana xingat da....nota kuliah xbw ke cc....nnt ana ghoyak mulo deh...
slmt beribadah....doakan mg kita semua tsabat memperjuangkan kalimah kebenaran hny krn Allah....

salam sayang semua....bg adik2ku di ipsm...mai la berbuka kat umah ana yer....tatatititutu,,,,yg tulus dari : k.azie yg merinduimu...

Friday, July 9, 2010

Boikot: Cara Mudah Hancurkan Israel dari Dalam Rumah




“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).” (QS. Al-Anfal: 60)
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, janganlah kamu melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (QS. Al-Baqarah : 190)
“Sudah jelas, tiap produk yang mereka bikin selalu menghasilkan keuntungan yang sebagian besarnya dibelikan peluru untuk dipakai membunuhi Muslim Palestina…” (Allahuyarham Ustadz Rahmat Abdullah)
*
Tragedi kemanusiaan yang menimpa ratusan relawan pro Gaza di kapal Mavi Marmara dan lima kapal lainnya yang diserang tentara Zionis-Israel beberapa hari lalu menyatukan hati umat manusia di seluruh dunia untuk membela rakyat Palestina di Jalur Gaza yang sejak tahun 2006 telah diembargo total Zionis-Israel dan sekutu-sekutunya. Aksi demonstrasi pecah di mana-mana mengutuk Zionis-Israel. Berbagai acara diskusi, seminar, dan pertemuan ilmiah digelar. Doa bersama dipanjatkan.
Dan di tengah-tengah aksi solidaritas ini kembali muncul seruan agar seluruh penduduk dunia yang masih memiliki nurani agar melakukan boikot terhadap seluruh produk pro Zionis-Israel.
Seruan aksi boikot ini tentunya tidak bisa dipisahkan dari fatwa Dr. Yusuf Qaradhawy yang pada hari Jum’at pekan pertama November 2000, di hadapan jamaah sholat Jum’at di Masjid Umar bin Khattab, Qatar, menyerukan dunia agar memboikot produk pro Israel. Qaradhawy berkata:
“Tiap-tiap riyal, dirham, dan sebagainya, yang digunakan untuk membeli produk dan barang Israel atau Amerika, dengan cepat akan menjelma menjadi peluru-peluru yang merobek dan membunuhi pemuda dan bocah-bocah Palestina. Sebab itu, diharamkan bagi umat Islam membeli barang-barang atau produk musuh-musuh Islam tersebut. Membeli barang atau produk mereka, berarti ikut serta mendukung kekejaman tirani, penjajahan, dan pembunuhan yang dilakukan mereka terhadap umat Islam di belahan dunia lainnya…”
Seruan ini mendapat sambutan yang hangat dan hampir seluruh aktivis Islam, juga aktivis kemanusiaan pro Palestina yang terdiri dari berbagai agama dan ras, juga melakukan aksi boikot seperti yang diserukan Qaradhawy. Berbagai perusahaan donatur Zionis-Israel pun sempat mengalami kolaps oleh aksi boikot ini. Namun disebabkan gerakan ini “hangat-hangat tahi ayam”, maka dengan cepat perusahaan-perusahaan ini bisa bangkit kembali.
Di sisi lain, terdapat sedikit salah persepsi tentang gerakan boikot produk pro Zionis-Israel ini. Banyak yang mengira, gerakan ini adalah gerakan tidak menggunakan dan tidak mengkonsumsi, padahal fatwa Qaradhawy sendiri dengan jelas menyebutkan:
“…diharamkan bagi umat Islam membeli barang-barang atau produk musuh-musuh Islam tersebut. Membeli barang atau produk mereka, berarti ikut serta mendukung kekejaman tirani, penjajahan, dan pembunuhan yang dilakukan mereka terhadap umat Islam di belahan dunia lainnya.”
Tidak bisa lain. Yang diharamkan adalah mengalirkan uang milik umat Islam ke dalam kantong-kantong perusahaan-perusahaan Zionis-Israel itu.
Qaradhawy mengatakan, “…Membeli barang atau produk mereka, berarti ikut serta mendukung kekejaman tirani, penjajahan, dan pembunuhan yang dilakukan mereka terhadap umat Islam di belahan dunia lainnya…”
Yang diharamkan adalah mengalirkan uang milik umat Islam kepada perusahaan donatur Zionis karena uang itu akan diputar di dalam industri senjata mereka untuk membunuhi rakyat Palestina. Disini, yang diharamkan bukan saja ‘pembelian’ dalam hal barang pro Zionis, tetapi juga diharamkan melakukan ‘penyewaan tempat’ terhadap hotel-hotel donatur Zionis-Israel, karena hal ini juga berarti mengalirkan uang milik umat Islam ke kantong musuh-musuh Allah Swt.
Gerakan boikot produk pro Zionis-Israel dilakukan untuk menembus blokade atau embargo Zionis-Israe atas warga Gaza. Misi yang sama dilakukan oleh ratusan relawan dunia yang kemarin diserang tentara Israel laknatullah di perairan internasional, ratusan kilometer di barat Palestina. Sebab itu, ada baiknya kita flash-back dulu, menengok kejadian empat tahun lalu ketika Israel mulai memblokade Jalur Gaza. Mengapa hal itu bisa terjadi?

Monday, June 14, 2010

tabahkan hatimu ukhtiku...

Kewajiban Dai Saat Menghadapi Ujian ,
BERPEGANG TEGUH PADA JAMAAH

Tak semua penyeru mengajak pada kebaikan. Sebagian justru mengajak pada maksiat dan kemungkaran. Berpegang teguh pada jamaah adalah satu kiat menghadapinya

Para sahabat Rasulullah saw. amat menyadari bahwa hidup sebagai mukmin tak akan lepas dari ujian. Hal ini tergambar dalam dialog antara Hudzaifah dengan Rasulullah saw., seperti yang terekam dalam hadits berikut:

Wahai Rasulullah saw., dulu kami dalam keadaan jahiliyah dan penuh keburukan. Lalu Allah mendatangkan kebaikan ini. Apakah setelah kebaikan ini akan ada keburukan? Rasulullah saw. menjawab, ˜Ya. Aku bertanya lagi, apakah setelah keburukan itu akan ada kebaikan? Ia menjawab, ˜Ya, akan tetapi ada ada kotorannya. Aku bertanya, apa kotorannya itu? Ia menjelaskan, Adanya kelompok orang yang mengambil petunjuk selain petunjukku. Kamu kenal dia lalu kamu menolaknya. Lalu aku bertanya lagi, adakah setelah itu keburukan? Ia menjawab, Ya, yaitu para penyeru menuju pintu-pintu jahanam. Siapa yang mengikuti mereka menuju jahanam maka Allah akan campakkan mereka ke dalamnya. Aku bertanya, wahai Rasulullah, terangkanlah kepada kami tentang mereka. Rasulullah saw. mengatakan, Mereka berkulit seperti kulit kita dan berbicara dengan bahasa kita.Aku bertanya, Apa yang kau perintahkan jika aku mengalami hal itu? Rasulullah saw. menjawab, Kamu harus berpegang teguh pada jamaah Muslimin dan imamnya. (Al-Bukhari dan Muslim)

Dari penjelasan Rasulullah saw. ini tergambar bahwa salah satu ujian kaum mukmin akan berwujud munculnya orang-orang yang mengatasnamakan dirinya Muslim namun jauh dari petunjuk Rasulullah saw. Bahkan mereka dikabarkan aktif menyeru manusia menuju jahanam.

Untuk menghadapai ujian berat seperti itu maka Rasulullah saw. pun menasihati umatnya agar berpegang teguh pada jamaah Muslimin dan imamnya. Sungguh ini merupakan resep jitu bagi orang-orang yang ingin mempertahankan aqidah dan menjaga identitas keislamannya. Karena komitmen pada jamaah memberi banyak manfaat, antara lain:

1. Jamaah meningkatkan ibadah
Pernahkah Anda merasa lebih giat melaksanakan ibadah shalat sunnah misalnya- saat bersama-sama? Pernahkah Anda merasa bermalas-malasan beribadah saat melakukannya sendirian? Kalau ya, jangan heran. Semangat menjalankan ibadah saar bersama-sama memang merupakan salah satu hikmah kebersamaan dalam jamaah. Jamaah dan hidup berjamaah mendorong kita meningkatkan ibadah dan lebih memperkuat kesabaran dalam perjuangan. Simak saja betapa banyaknya ayat Quran yang menyuruh kita melakukan ibadah, berpegang teguh pada ajaran Islam, sekaligus melakukan perjuangan dalam lingkup jamaah dan atas dasar kebersamaan. Perhatikan ayat-ayat berikut:Dan berpegang teguhlah pada tali Allah secara bersama-sama dan janganlah kalian bercerai berai. Dan ingatlah nikmat Allah kepada kalian tatkala kalian bermusuhan lalu Dia mempersatukan hati kalian hingga jadilah kalian dengan nikmat-Nya itu sudara. Dan dulu kalian berada di tepi jurang neraka, lalu Dia menyelamatkan kalian darinya. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kalian ayat-ayat-Nya agar kalian mendapat petunjuk. (Ali Imran 103)

Semarakkan cinta untuk dicintai....


salam penuh mahabbah dr ana utk pembaca yg disayangi sekalian...firstly nak nyatakan bhw cinta dan syg yg bertapak dihati ni hny disandarkan krn Allah semata2...apa itu cinta krn Allah???1 persoalan yg perlu ditnykan kpd setiap org yg melafazkan cinta...cpt2 sape nk jwb??? huhu lambatlah nk tunggu semua org jwb...mai cni ana bgth...tp hrp bersabar dlm membacanya...ana kongsikan melalui pembacaan ana sepanjang cuti ni....dipetik dari buku KEMBARA HAMBA MENCARI CAHAYA hasil nukilan Hilal Asyraf...hu3 selama ni ana byk membaca buku2 indonesia sbb jarang ada buku malaysia yg berkisar ttg dakwah...tp alhamdulillah sejak 2 menjak ni da byk buku2 malaysia yg menyentuh hati ana...mari sama2 tanamkan minat membaca ek... ha3...melalut yg byk...back 2 da topic...ramai org kata dgn bertaaruf dan bersama sentiasa dah kira kita mengenali seseorg...betul tu....tp masih kurang satu iaitu cinta kerana Allah....cinta kpd org lain dlm rangka mencari redha dan rahmat Allah.. jika buah kpd puasa adlh taqwa,maka buah kpd ukhwah adlh rahmat.
"Sesungguhnya org yg beriman itu bersaudara, krn itu perdamaikanlah antr kedua saudaramu itu dan bertaqwalah kamu kpd Allah mg2 kamu mendapat rahmat."(al-Hujurat:11)..ukhwah kan berkadar langsung dgn iman....ukhwah tnp hubungan cinta dan kasih syg yg mendalam hnylah ukhwah yg rapuh. tnp cinta pasti tidak akn wujud sikap berlapang dada antr manusia. mengenali sifat,perilaku,akhlak dan sjrh hidup seseorg bukanlah suatu syarat yg cukup utk mengenalinya...itu semua zahir shj...jika kita tahu kebaikannya mungkin kita belum tentu menyukainya. kita mungkin tidak menyukainya krn dlm hati kita ada satu hijab yg hny boleh dibuka dgn kunci cinta..
mari selusuri sirah Rasulullah... ana bg contoh mudah iaitu Abdullah ibn Ubay ibn Salul,seorg munafik yg hidup disisi Rasulullah SAW. kita sudah maklum bhw Rasulullah seorg yg berakhlak mulia,hidupnya bersih dan baginda ialah utusan Allah yg terakhir..Abdullah bin Ubay bin Salul ni duduk disisi baginda melihat kehidupan baginda,memerhatikan perjuangn baginda dan kesungguhan baginda.namun,apakah dia baik dan mencintai Rasulullah??? tidak jwpnnya.....dia adlh ketua munafik yg telah menyebabkan tentera Uhud berkurang dr 1ribu org kpd 700org...sadisnya....malah hatinya busuk menyatakan bhw Baginda lebih hina drpdnya.. dailah juga yg memfitnah isteri baginda iaitu Aisyah ra.
knp sih dia bersikap begitu?tidakkah dia mengenali Rasulullah? Dia mengenali Rasulullah lebih dr kita kenal baginda..dia hidup disisi Rasulullahh top hatinya tiada cinta.so,lihatlah hati kita semua....ada tak cinta tu???hati yg tidak berhubung dgn manusia lain bersama cinta,hnylah hati yg akan menimbulkan permusuhan..
lihat shj cinta shbt kpd Rasulullah...begitu tinggi...buktinya adalh melalui pengorbanan...mcm ne dgn diri kita???tepuk dada tny hati..cinta krn Allah akn membuatkan hati itu bertaut rapat.
Destinasi kita hnylah Allah, maka cinta krn Allah akn membuatkan hati manusia bersefahaman dan berlapang dada dlm setiap perkara.Cinta krn Allah juga membuatkan hubungan sesama manusia menjadi berharga...nah...knp kita tak buka hijab dlm hati kita??knp mesti berterusan membenci manusia lain?knp mesti sering bergaduh?harmonikan hidup dgn memberi sebanyak2nya cinta kp semua...mari kita bercinta???
kadangkala ungkapan cinta perlu diungkapkan di bibir.biasanya, kata2 yg tulus akan menggetarkan hati yg mendengar.namun kdg2 manusia ni ego..Rasulullah bukan begitu kan??mari kita contohi Rasulullah..ada org kata syg tu tak perlu ditunjuk2...ana tak setuju dgn ungkapan itu...jika kita sekadar berhajat org fikir scr mendalam sgl tindakan kita, pastinya akan ramai yg salah sangka drpd bersangka benar.. sebarkanlah cinta. sebarkanlah dgn akhlak yg indah,senyuman manis dan bicara yg baik..sesungguhnya cinta itu membina kehidupan...
bukankah al-Mutanabi pernah berkata: "cinta itu lebih tua drpd alam ini krn atas dasar cintalah Tuhan menciptakan alam ini."so,mari kita semarakkan cinta yg berteras kpd Allah....
untuk peringatan bersama...ukhwah amat dijaga rapi oleh Rasulullah...so,knp kita sering persiakan ukhwah yg ada??nasihat kpd ukhti2 di ipsm khasnya...jagalah ukhwah krn semakin lama semakin kuat ujian yang datang...berlapang dada dan saling nasihatilah kalian agar kalian kuat...doakan ana juga diluar ni...asif ni je post yg dpt dikongsikan...salam sayang dari ana...syg yg amat dalam...mg bertemu di lain mas...tatatititutu...

Friday, June 4, 2010

Jangan diucap selamat tinggal....


salam sayang buat adik2 yg tersayang...maaf tak sebut nama2 yg lain...nk citer 2 nama yg ada tu pun ana xlarat da...airmata ngalir laju...sebaldi dapat...bayngkan klu ana citer ttg antuna semua 1 per 1...hu3...jd Kasim Selamat la nmpknya....xdpt da tgk mata2 antuna nnt....so,bg yg tak disebut lg nama2nya...sabar yer...akak akan citer 1 per 1 tp berlainan masa...ada episod2nya...so,kena rajin2 buka dan komen le...

sebenarnya ana skrg tgh menghitung waktu kt cni...k.Aja da tidoq lena ni...ana xsangka pun disaat2 akhir yg teman ana adalah k.Aja...besarnya pengorbanan dia...tp xpe doa2 antuna juga menemani ana disini agar selamat...(bg yg doakan jele)..hop semua doakan...rasa xnk tido je sbb sedih nk tinggalkn IPSM ni....

sebelum melangkah lebih jauh,ana nk ucapkan SANAH HELWA YA ukhti Ummu Habibah yg ke 19...moga bertambahnya umur,bertambah jg amalnya..be Matured in certain part ye dik...akak syg ant krn Allah...jzklh krn bib selalu ambil berat ttg akak..cuma akak terkilan jer bila bib nk teman akak mesti perlukan teman lain...kdg2 akak rs akak ni garang sgt ke sampai org takut nk duk sama ana..hu3..rupanya salah sangkaan akak..br akak perasan yg bib ni sgt menjaga hati org dan suka menenangkan org...dia ni juga seorg yg sgt ambik berat...dia akan cuba penuhi permintaan@pertolongan org..maaflah citer pjg cket ttg bib coz B'DAY GIRL kita hr ni... 1st akak ziarah dia pun akak perasan yg dia sgt menghargai tetamu...hu3...sikap yg patut semua contohi sbg daie...teruskan usaha dan proaktif la dlm dkwh...bila rs futur cpt2 cr jln penyelesaiannya..jgn lupa koling me...

bg hanisah plak...hu3..ana suka panggil ant hanisah sebab lembut cket...kita serupa dlm byk hal...kdg suka sama dirasa dan duka sama ditelan...ant seorg yg berjiwa lembut cuma kdg perwatakan yg agak garang..he3...ana pun sama...so,bg org sekeliling(hai org2 kampung) klu nk kenal hanisah ni jgn kenal dr jauh tau...dekati dia,taaruf,tafahum,bersabar dgn kelemahan yang ada dan berlapang dada...pasti org2 kampung sume dapat rasai syg yg ada dlm hatinya...dia ni caring orgnya..kdg2 ego gak..hu3...maklumlah kita semua kan dlm proses tarbiah...pasti ada kelemahan yg berlaku utk diperbaiki...alhamdulillah ana berjaya gak leraikan perasaan ego dia di saat akhir ni...bukan pe hanisah ni jiwanya sgt lembut...tp dia kuat sbnrnya...ana dpt rasa syg dia pd ana..bila dia menjauhkan diri,ana dpt rs rindu dia pd ana...waktu tu akak selalu berdoa mcm ni :"ya Allah sampaikanlah gelombang rindu dan syg ni pd adik2ku...sesungguhnya aku juga seperti mereka,,,tak mampu mhadapi perpisahan ini.namun,berikanlah sedikit ruang waktu ini utk kami sentiasa bersama sblm kami berpisah.."dari jauh je ana dpt berbicara dgnmu..keperitan yg ana lalui hny Allah yg tahu...jgn buat camtu da ye dik..

lg sorg ek...pliz...laen kali plak akak citer adik akak yg lain..hu3...sakinah Hasan ni baik orgnya...matang pendapatnya,,,nampak ciri murobbi gitu tp perlu proaktif lg korek skill dkwh dr akak2 yg ada tau...yg penting tak lupa ana...dia selalu calling ana dan menenangkan ana...ana sian gak hbs kredit dia...tp something ana dpt bljr dr dia bila dia kata :"xpe mahal tepon akak sbb ukhwah tu xdpt dibeli dgn wang ringgit"...8:63...ana tersedar dan i'Allah ana xkn kedekut dgn krdt yg ada nnt utk contact antuna semua...cuma phm2 jele bl adik ramai ni,ana xbole contact byk kali pd sorg je...hu3 so sama2 kita semua lepas ni jgn berkira utk infakkn harta utk ukhwah yg xdpt dibeli ni....mg Allah meredhaimu adikku...

.jazklh atas ksh syg yg diberi..ikhlaskan niat mg Allah temukan kita di syurga...

Adik2 ku syg,org yg duk dlm jln tarbiah ni bukannya org yg perfect tau!!!so,wajarlah seseorg itu menjadi diri sendiri supaya mana yg kurang boleh diperbaiki dan yg baik boleh dicontohi,,,jgn jd hipokrit tau sbb org nmpk kita baiknya sedangkan kita berperang dgn diri sendiri...klu xfhm boleh contact ana terus...

ok la...nak tahajud plak n...pastu nk siap2 balik umah...ana tinggalkan smgt ana bersama antuna dan ana bw smgt dan hati antuna bersama utk mengharungi kemungkinan yg mendatang...maklumlah hidup ni memungkinkan segalanya...so bg adik2 yg masih tak dicoretkan dlm post ana,sabar ye syg...ana tak larat da ni...jiwa meronta mengenangkan kenangan terindah ni...darimu kutemukan diriku...tanpamu,ku tetap teruskan pjuangn ini...Allah bersama kita semua..salam akhir..wlu seketika,wlupn sekelip mata...simpan semua kenangan dlm hati yg paling dalam...pandangan hati tak pernah menipu.so,rajin2lah berbicara dgn hatimu kerana syurga hny bisa diraih dgn hati yang ikhlas dlm smua perkara....sesungguhnya manusia xkan bisa menikmati syurga tanpa ikhlas di hatinya....meri menggapai syurga dgn hati...salam mujahadah dan mahbbah,,,bertemu tidak jemu berpisah tidak gelisah kerana semuanya krn Allah...uhubbukifillah abadan abada....u r myluv,myheart,mysoul and so on 4ever in my life...asif andai post ini xdpt penuhi permintaan...tatatititutu...

mata siapa tak pernah nangis????

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Wassallam